TABUNG MAHASISWA KESATUAN PELAJAR UIAM (IIUM SU)
Pengenalan
Kesatuan Pelajar UIAM ataupun dikenali sebagai IIUM SU merupakan satu badan organisasi bebas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang ditubuhkan untuk membantu pelajar-pelajar di UIAM dari segi kebajikan mereka. Kesatuan ini memegang tanggungjawab dalam mewakili pelajar dari pelbagai latar belakang dan bangsa untuk mendorong dan mempertahankan hak pelajar untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti.

Inisiatif Kami
Sejak daripada penubuhan, kesatuan ini telah banyak membantu pelajar-pelajar di UIAM terutama sekali daripada segi kebajikan mereka. Antara inisiatif yang telah dan masih dilakukan sehingga kini adalah seperti berikut:
A. Bantuan Kewangan Mahasiswa (RM50)
Merupakan bantuan yang diberikan kepada pelajar daripada sudut kewangan, dimana setiap bulan seramai 10 orang pelajar akan mendapat bantuan sebanyak RM100
B. Bantuan Pembelajaran Mahasiswa (RM30)
Merupakan bantuan yang diberikan kepada pelajar untuk membantu dari sudut pembelajaran. Antara bantuan yang diberikan termasuklah bantuan laptop, bantuan Internet dan juga bantuan buku.
C. Bantuan Makanan Mahasiswa (RM30)
Merupakan bantuan yang diberikan kepada pelajar dari sudut makanan. IIUM SU mempunyai satu Food Bank di pejabat kami yang terletak di bangunan Wadi Budi, di mana pelajar boleh dapatkan makanan kering pada bila-bila masa yang mereka inginkan.
D. Sumbangan Umum Mahasiswa (RM5)
Merupakan bantuan yang diberikan dari sudut servis. Antaranya ialah menghantar pelajar ke hospital, membawa pelajar untuk mendapatkan vaksin, membeli barangan keperluan atau petrol dan sebagainya.
E. Sumbangan kepada IIUM SU (RM5)
Merupakan sumbagan bagi operasi IIUM Student Union sepanjang perkhidmatan.
Pakej yang ditawarkan
Justeru itu, IIUM SU ingin meneruskan bantuan kebajikan melalui Tabung Mahasiswa IIUMSU. Berikut merupakan pakej yang ditawarkan:
Pakej | Kandungan | Nilai |
A | Bantuan Kewangan Mahasiswa | RM50 |
B | Bantuan Pembelajaran Mahasiswa | RM30 |
C | Bantuan Makanan Mahasiswa | RM30 |
D | Sumbangan Umum Mahasiswa | RM5 |
E | Sumbangan Kepada IIUMSU | RM5 |
Butiran Akaun:
Bank: Ambank Malaysia
Penama: Kesatuan Pelajar UIAM (IIUM Student Union)
No Akaun: 8881036989808
"FOR THE STUDENTS, BY THE STUDENTS"
Sebarang persoalan, sila hubungi:
Firdaus - 016-7640970
Aiman- 010-2999250